Friday 30 September 2016

Oh ibu.....oh ayah.....

Sebagai perkongsian...renung2kan lah...

Setelah ayahnya meninggal dunia, seorang anak telah menghantar ibunya ke rumah orang tua. Dia menziarahi ibunya dari s atu waktu ke waktu yang lain.
Pada satu hari dia menerima panggilan daripada pusat jagaan orang tua berkenaan memaklumkan ibunya dalam keadaan nazak. Dengan pantas dia datang untuk berada di samping ibunya pada saat terakhir begitu.
Dia bertanya kepada ibunya: Apakah yang ibu ingin saya lakukan untuk ibu.
Ibunya menjawab: Aku mahu kamu sumbangkan kipas angin untuk pusat jagaan ini, kerana tidak punya kipas angin. Letakkan juga peti sejuk, tukang masak dan makanan kerana sering kali aku tertidur dalam keadaan lapar tidak makan.'
'Ibu kenapa pada saat seperti ini baru ibu pesankan perkara ini ?' Anak itu bertanya kembali.
Ibunya memberi alasan: Tidak apa anakku, ibu sudah boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan panas tanpa kipas dan lapar. CUMA IBU BIMBANG NANTI SAAT ANAK-ANAK KAMU MENGHANTAR KAMU KE SINI KAMU TIDAK DAPAT MENYESUAIKAN DIRI'..

Renung2kanlah
 *Apa rasanya kalau ibu/bapa sendiri yg hantar mesej berikut?*

*Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,_
_Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,_
_Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit._
_Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku._

😔 *Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,_
_Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,_
*"mak pekak ke?",*
*"mak bisu ke? "*
*"tak dengar ker??"..*

_Aku minta maaf anakku._
_Aku semakin_ *MENUA...*

😟 *Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,_
_Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,_
_Semua itu adalah sebahagian dari proses_ *MENUA.*
_Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua._

😣 *Anakku...*

_Bila aku tua,_
_Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,_
_Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku._
_Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi._
_Badan aku lemah._
_Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri._
_Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil._

😷 *Anakku...*

_Bila aku tua,_
_sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku._

😭 *Anakku....*
_Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba,_ _Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian._
_Jangan cemas._
_Jangan menangis._
_Hadapi dengan redha._
_Aku berjanji pada kamu._
_Bila aku bertemu_ *Allah.*
_Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku._

_Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku...._

_Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku..._
_Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri.._

🔴 *Menjadi ikhtibar pada kita kalau masih ada ibubapa dan postlah posting diatas kepada WA group keluarga atau WA peribadi keluarga sendiri sebab kita taknak kita atau anak2 kita sentiasa berdosa dengan ibubapa kita atau ibubapa mereka...*

*RENUNG2 KAN LAH......*
*SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA NANTI KITALAH EMAK/AYAH*

Ingatan untuk saya, kalau Ada terpandang , sila tegur saya . Kadang-kala kita terlupa.

Thursday 1 September 2016

Virus Zika dikesan di Malaysia...





Sedikit perkongsian dari Cik Eryn utk pengawasan dan tindakan...semoga dijauhkan ye..Amin





Virus zika di Malaysia...so diminta berhati2 dan menjaga diri sekiranya berurusan atau beraktiviti di luar...mencegah lebih baik dari mengubati yer...

Life macam novel?

By Erynairin

Hidup tak semestinya seperti cerita novel
Cinta tak selalunya manis
Pahit itu satu pengalaman
Hensem atau cantik bukan ukuran
Hati yang menjadi taruhan
Buruk tak semestinya derita
Bahagia tak semestinya Cinta
Hanya satu dalam sejuta
Itulah kisah hidup kita....






Tapi tak semua yang indah-indah di dalam novel seakan terjadi di dunia realiti...Hakikatnya memang susah nak sama seperti yang terjadi dalam novel...orang kata semua sweet2 gitu...semua happy2 gitu....Happy ending je..kalau tak dak ending mau kena maki punya..HAHAHA 

Memang tak dinafikan kebanyakkan cerita dalam novel ni mesti lah kisah-kisah cinta, romantik, sweet, mesti heronya hensem (melting) , heroin pulak mesti lawa2 kan... tapi cara penyampaian tu semuanya nk happykan hati pembaca tu..Cik Eryn pun peminat novel jugak..tak salah nak berangan asalkan boleh bezakan realiti dan fantasi...(berangan itu free) so berangan lah selalu...=p

Setiap orang mesti ada kisah tersendiri...(tapi malu lah nak cerita)..kompem nanti orang cakap bukan2...(eleh..nak macam cerita novel je)...realiti hidup kini lebih dasyat dari novel kalau korang nk tau...tak setiap inci kisah novel diceritakan dalam novel tu...korang tak pkir ke macam mana penulis tu bersusah payah nak hasilkan cerita yang mmpu buat korang tersengih2 senyum kambing depan tv (nak2 drama TV3 yang adaptasi kisah novel) pukul 6.58 tu...eleh...jangan tak mengaku plak..beribu viewer yang ikot kan...

paling famous diperkatakan sekarang ni..Aum22...


Mesti ni the best karya lah smpai lah jadi drama.....


Mesti korang pernah terperasan sorang2 kan yang kadang2 cerita hidup aku umpama dalam novel...asal sweet sikit ...(Alorh sebijik novel..)..korang mesti pernahkan berangan lepas tengok drama or baca novel..mesti terbayang2 korang lah hero or heroin dalam novel tu kan.. semua terasa di awang- awangan bila terfikir yang indah2....jangan lah dicompare dengan dunia realiti dengan novel...itu hanya rekaan semata-mata...tapi it make sense jugak sebab sesetengah life orang sebijik novel cuma kita jer yang tak tau kan...mana lah tau dia hidup2  je dah mewah...have everything....nak apa mntak je..kompem dapat ....tapi dari mana dia dapat kesenangan tu kita tak tahu...pucuk pangkalnya cerita kaya ke miskin ke...still merasai kesusahan before kesenangan....

Bila kita dengar kisah2 dari member2 yang penah putus cinta kononya, bercerita bagai nak explain kenapa jadi macam itu ini, cerita lah kisah2 terjumpa, detik perkenalan, timbulnya bibit2 cinta kononya...mesti korang yang dengan berbulu dan akan cakap (eh babe..cerita ko macam dalam novel lah...sebijik..boleh buat buku neh) ..kan2....tulah tak semua yang indah tu novel..cuma dunia nyata boleh terjadi tapi satu dalam sejuta...

What I'm trying to say here, semua benda dalam kehidupan kita memang ibarat sebuah buku...kita yang mencoraknya, mengarangnya, menyampaikannya tapi siapa yang merancang hanya yang satu..kan222...make sense kan...so sesiapa yang anggap hidup seperti novel tu...memang betul lah ibaratnya tu...cuma tak seindah novel ciptaan manusia dibanding Pencipta dan PerancanganNya...Nak Bahagia Dunia dan Akhirat kejarlah yang Satu itu...kerana yang satu itu pasti tidak mengecewakan seperti kecewanya kita yang putus cinta...jangan pernah berhenti berharap...